Indahnya Malaysia
Pulau Payar merupakan taman laut yang pertama yang diwujudkan di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pulau ini terletak 30 kilometer dari Pulau Langkawi. Perairan Pulau Payar jernih seperti kaca. tidak hairanlah jika Pulau payar dikelaskan sebagai taman karang yang terindah.
Gunung kinabalu terletak di negeri Sabah. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Tingginya 4,095 meter dari aras laut. Gunung ini menjadi tarikan para pelancong. Bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia ada di sini juga.
No comments:
Post a Comment