Laju-laju sembilan panjang,
Pulas-pulasan si daun kayu,
Tujuh tahun sembilan bulan,
Ingat-ingatan datanglah selalu.

Salam perkenalan. Blog ini hasil nukilan untuk berkongsi ilmu bersama teman.

Friday, December 14, 2012

SESI PENGAJARAN DI DALAM KELAS


MARILAH BACA

Indahnya Malaysia

      Pulau Payar merupakan taman laut yang pertama yang diwujudkan di pantai barat Semenanjung Malaysia.  Pulau ini terletak  30 kilometer dari Pulau Langkawi.  Perairan  Pulau Payar jernih seperti kaca.  tidak hairanlah jika Pulau payar dikelaskan sebagai taman karang yang terindah.

      Gunung kinabalu terletak di negeri Sabah.  Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.  Tingginya 4,095 meter dari aras laut.  Gunung ini menjadi tarikan para pelancong.  Bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia ada di sini juga.

Saturday, November 17, 2012

AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS



Anak-anak didik kelas 2 Arif di Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor Darul Takzim. Seramai 38 orang murid. Bilangan murid lelaki dan perempuan sama ramainya.  Namun berbeza tahap kebolehan dan penguasaan.














Sesi lisan yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran kadang-kala menjadi sesi lawak jenaka














Sesi menulis yang kadang-kala menjadi sesi bersembang jika guru tidak menyediakan lembaran kerja yang sesuai mengikut  aras kecerdasan murid














Sesi pengayaan dilakukan bagi murid yang cepat menyiapkan tugasan namun kadang-kala murid seronok juga dengan aktiviti mewarna gambar














Sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjaya andainya guru bijak merancang biar siapa pun murid kita..














Anak-anak murid yang banyak membantu  melengkapkan diri seseornag guru itu sebagi pendidik…





Friday, November 16, 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN: Bahasa Malaysia
KELAS: 2 Arif
TARIKH : 23 Oktober 2012 / 7 Zulkaedah 1433 H
HARI: Selasa
MASA: 8.15 – 8.45 pagi
BILANGAN MURID: 38 orang
TEMA: Saya Anak Malaysia / Unit 25 – Bahasa Kita
TAJUK: Minggu Bahasa Malaysia
OBJEKTIF:        Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

      1. Membina sekurang-kurangnya tiga ayat penyata dengan menggunakan perkataan yang terdapat dalam teks dengan betul
      2. Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul                
      3. Menulis sekurang-kurangnya dua ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang betul
           
SISTEM BAHASA: Ayat Penyata
PENGISIAN KURIKULUM:-
ILMU                 : Kajian Tempatan
NILAI MURNI  : berbudi bahasa
KBT                   : KB – mengenal pasti
                             Kontekstual - mengaplikasikan
EMK                  : TMK- belajar melalui TMK
BBM                  : Komputer, LCD, buku teks, lembaran kerja


LANGKAH /MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN / NOTA
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
Set Induksi
5 minit

1.Guru meminta murid melihat paparan di skrin LCD
2.Guru menyoal murid mengenai tajuk yang terbentuk untuk menuju ke arah tajuk pelajaran
1.Murid melihat  paparan  di skrin LCD di hadapan kelas
2.Murid menjawab soalan guru mengenai tajuk yang terbentuk untuk menuju ke arah tajuk pelajaran
Strategi/Teknik
Teknik soaljawab
KBT
Menghubungkait
TMK- belajar melalui TMK

Langkah 1
7 minit
Bacan Mekanis
1.Guru meminta murid membaca petikan  dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul pada paparan skrin LCD



2.Guru meminta murid mengenalpasti ayat penyata pada skrin


3.Guru membimbing murid mengenalpasti ayat penyata
1.Murid membaca petikan yang disediakan  secara individu dan berkumpulan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul pada paparan skrin LCD
2.Murid mengenalpasti ayat penyata pad skrin  dengan bimbingan guru
3.Murid membaca ayat penyata mengikut perenggan demi perenggan
Strategik/Teknik
Bacaan mekanis
KBT
Mengenalpasti
TMK- belajar melalui TMK

Langkah 2
8 minit
Membina ayat penyata
1.Guru meminta murid membina ayat penyata secara lisan dengan menggunakan perkataan dari petikan yang telah dibaca pada paparan skrin LCD
1.Murid membina ayat penyata secara lisan dengan menggunakan perkataan dari petikan yang telah dibaca pada paparan skrin LCD
Strategi/Teknik
 bertutur
Kontekstual
Mengaplikasikan
TMK- belajar melalui TMK
Langkah 3
5 minit
Menulis ayat penyata
1.Guru mengedarkan lembaran kerja

2.Guru menerangkan cara tugasan dibuat
1.Murid menerima lembaran kerja dari guru
2.Murid membina ayat penyata berdasarkan gambar
Strategi/Teknik
menulis
Penutup
5 minit
Rumusan
1.Guru bersoaljawab tentang definisi ayat penyata
1.Murid memberi definisi ayat penyata




Saturday, October 6, 2012

AYAT PENYATA TAHUN 2

Latihan 

BM Tahun 2 : Ayat Penyata - Latihan 1

A)    Tandakan (/) pada ayat penyata

      Contoh :      Li Wen suka membaca buku?  (                      ).
                          Mazni pandai bermain piano.   (          /           ) 


1.    Ibu saya bekerja sebagai peguan di sebuah syarikat guaman.         (       )

2.   Aduh, sakitnya kakiku!                                                                              (       )

3.    Hajar sedang melayari Internet di dalam biliknya.                                 (       )

4.    Keluarga Encik Aziz telah berpindah ke Ampang.                                 (      )

5.    Awak suka warna hitam atau kuning?                                                     (      )

6.    Siapakah yang datang ke rumah nenek kamu pagi tadi?                     (      )

7.    Tolong hantar buku ini ke perpustakaan.                                                 (      )

8.    Rafiqah sedang bermain dengan anak patungnya.                                (      )

9.    Pemandangan di tepi pantai sangat indah.                                             (      )

10. Kim Wah seorang yang rajin dan baik hati.                                              (      )                               

BM Tahun 2 : Ayat Penyata - Latihan 2


Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat penyata yang lengkap:

1.      belajar  *  Tahun  *  di  *  Dua  *  Arif  *  Shahmi
          _____________________________________________.

2.      Petro Sains  *  sekeluarga  *  Kami  *  ke  *  melawat
         _____________________________________________ .

3.      emas  *  Subang  *  kepunyaan *  itu  *  Puan Aminah
         _____________________________________________ .

4.      ialah  *  Bunga  *  raya  *  kebangsaan  *  kita  *  bunga
         _____________________________________________ .

5.      Polis  *  mengintip  *  sedang  *  itu  *  pencuri
         _____________________________________________ .

6.      menolong  *  jalan  *  Syukri  *  orang  *  melintas  *  itu  *
         tua
         _____________________________________________ .


BM Tahun 2 : Ayat Penyata - Latihan 3


Bina ayat mudah berdasarkan gambar dibawah: 
(1)

________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________

(2)


______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

(3)

_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________

(4)
____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________

(5)

____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________


AYAT

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang indah. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan dalam kehidupan, jemu akan menjelma kepada  pencinta bahasa. Oleh sebab itu, karyawan selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang berbeza mengikut kesesuaian dan keperluan.
Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.  Subjek ialah perkara yang diceritakan.  Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).  Ayat mengandungi  makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :

Subjek
Predikat
1. Haron
2. Kakak
3. Boon Siew
juruterbang
menyapu sampah.
bermain  badminton.

Jenis  Ayat
1. Terdapat empat jenis  ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:
                        (a) ayat penyata;               (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;               (d) ayat seruan.

2. Hanya ayat penyata sahaja diberi penekanan dalam tajuk ini

 Ayat Penyata        
      Menurut Nik Safiah, ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.
·         Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal, cerita, benda, kejadian
·         Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor dalam buku Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu,menyatakan bahawa ayat penyata sesuai dengan istilahnya iaitu ayat yang menyatakan sesuatu.
  • Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk  mengatakan atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.
  • Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas,sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.
  • Oleh itu, ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan hal apa pun.
  • Ayat penyata boleh terdiri daripada bentuk ayat positif, ayat naïf, ayat aktif, ayat pasif , ayat songsang, penegas dan sebagainya, asalkan isinya merupakan pemberitaan atau keterangan.
  • Dalam lisan ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan.
  • Dalam tulisan, ayat penyata diakhiri dengan tanda noktah / titik.
  • Ayat penyata boleh terdiri daripada sebuah klausa atau lebih, berdasarkan besarnya atau luasnya isi berita yang hendak disampaikan.
  • Ayat penyata juga boleh menerima ayat tanya jika ayat tanya itu menjadi bahagian daripada ayat penyata.Akan tetapi, ayat tanya itu kehilangan sifat  tanyanya, malah tanda tanya tidak digunakan, sebaliknya tanda titik yang digunakan.
Menurut Prof.Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis, ayat penyata telah dinyatakan sebagai ayat maklumat ( informatif)
  • Ayat ini adalah ayat yang paling banyak diterbitkan baik dalam keadaan lisan mahupun tulisan.
  • Ini adalah bertepatan dengan fungsi bahasa itu sendiri sebagai pengantar maklumat.

Contoh-contoh ayat penyata :-









Ikan ini sangat comel.









Kanak-kanak itu leka bermain di atas titi.










Bunga mawar baunya sangat harum.









Saya sangat sayang datuk dan nenek.










Perabot ini daripada kayu.