Laju-laju sembilan panjang,
Pulas-pulasan si daun kayu,
Tujuh tahun sembilan bulan,
Ingat-ingatan datanglah selalu.

Salam perkenalan. Blog ini hasil nukilan untuk berkongsi ilmu bersama teman.

Saturday, October 6, 2012



AYAT

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang indah. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan dalam kehidupan, jemu akan menjelma kepada  pencinta bahasa. Oleh sebab itu, karyawan selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang berbeza mengikut kesesuaian dan keperluan.
Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.  Subjek ialah perkara yang diceritakan.  Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).  Ayat mengandungi  makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :

Subjek
Predikat
1. Haron
2. Kakak
3. Boon Siew
juruterbang
menyapu sampah.
bermain  badminton.

Jenis  Ayat
1. Terdapat empat jenis  ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:
                        (a) ayat penyata;               (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;               (d) ayat seruan.

2. Hanya ayat penyata sahaja diberi penekanan dalam tajuk ini

 Ayat Penyata        
      Menurut Nik Safiah, ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.
·         Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal, cerita, benda, kejadian
·         Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor dalam buku Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu,menyatakan bahawa ayat penyata sesuai dengan istilahnya iaitu ayat yang menyatakan sesuatu.
  • Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk  mengatakan atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.
  • Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas,sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.
  • Oleh itu, ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan hal apa pun.
  • Ayat penyata boleh terdiri daripada bentuk ayat positif, ayat naïf, ayat aktif, ayat pasif , ayat songsang, penegas dan sebagainya, asalkan isinya merupakan pemberitaan atau keterangan.
  • Dalam lisan ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan.
  • Dalam tulisan, ayat penyata diakhiri dengan tanda noktah / titik.
  • Ayat penyata boleh terdiri daripada sebuah klausa atau lebih, berdasarkan besarnya atau luasnya isi berita yang hendak disampaikan.
  • Ayat penyata juga boleh menerima ayat tanya jika ayat tanya itu menjadi bahagian daripada ayat penyata.Akan tetapi, ayat tanya itu kehilangan sifat  tanyanya, malah tanda tanya tidak digunakan, sebaliknya tanda titik yang digunakan.
Menurut Prof.Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis, ayat penyata telah dinyatakan sebagai ayat maklumat ( informatif)
  • Ayat ini adalah ayat yang paling banyak diterbitkan baik dalam keadaan lisan mahupun tulisan.
  • Ini adalah bertepatan dengan fungsi bahasa itu sendiri sebagai pengantar maklumat.

Contoh-contoh ayat penyata :-









Ikan ini sangat comel.









Kanak-kanak itu leka bermain di atas titi.










Bunga mawar baunya sangat harum.









Saya sangat sayang datuk dan nenek.










Perabot ini daripada kayu.

8 comments:

  1. terima kasih cikgu kerana telah beri sedikit info apa yang telah adik saya belajar di sekolah

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Saya akan cuba yang terbaik untuk anak didik saya

    ReplyDelete
  3. Maaf kak, gambar yang discan x begitu jelas utk rujukan. Apa kata lebih baik gambar itu diambil dari sumber yang lebih terang dan jelas.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas cadangan itu. Akan saya usahakan untuk kegunaan anak-anak murid saya juga dan sumber rujukan rakan guru.

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Cikgu Shikin! Satu usaha yang baik. Teruskan demi mencapai aspirasi negara 'Guru Inovatif Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan'.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu. Saya masih lagi belajar untuk menambah info dalam blog untuk kegunaan anak-anak didik.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
    Harap cikgu dapat menambah info jenis-jenis ayat yang lain.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu. Saya akan usahakan untuk anak-anak didik.

    ReplyDelete